Monday 14 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Pada tanggal 16 Mei 2012 , semua warga SK Sungai Kering seperti saban tahun menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah. Pelbagai acara dan persembahan diatur. Antaranya Persembahan Khas daripada guru-guru, persembahan murid setiap kelas, perlawanan sepak takraw , bola jaring dan lain lagi. Di kesempatan ini saya Azdi bin Azmi, mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru SK Sungai Kering dan semua guru di mana jua mereka berada.

Pantun Guru

Buai laju-laju sampai pohon sena,
Ingatlah jasa guru sampai bila-bila.

Pohon Kemboja , Pohon  Kekwa,
Tumbuh subur di Gunung Meru,
Jasamu guru tidakkan ku lupa,
Kerana merekalah ku mendapat ilmu.

Pakai baju kuning,
Jangan ingat nak pi himpunan bersih,
Bertanya guru kalau dok pening,
Soalan terjawab, pening pun pulih.

Anak itik terenang-terenang,
Ayam pula berkokok lagi,
Tengok muka cikgu rasa tenang,
Barulah motivasi belajar bertambah lagi.

Nukilan:

Guru Data,
SK Sungai Kering.

SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment

 Pada 5 Februari 2024,pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Kering telah berjaya melaksanakan Hari Usahawan . Seperti biasa jawatankuasa penganjur...