Monday 2 April 2012

Aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan

Pada 31 March 2012 iaitu Hari Sabtu yang lalu, pihak sekolah telah berjaya mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk "Pembestarian Sekolah". Penceramah yang terlibat ialah Puan Norizan bt Abdullah , Puan Nooraini dan En. Azdi. Antara tajuk penting LDP kali ini ialah panduan perlaksanaan Program SSQS, SPPICTS, I-Nilam , STS, SAPS dan APDM. Program ini bermula pada pukul 8.00 dan berakhir pada 2.00 petang . Program LDP ini mendapat sambutan daripada semua guru. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat. Jangan lupa catat dalam kad biru .

Bulan Bahasa Inggeris

Pada Hari Ahad yang lalu bersamaan 1 April 2012, pelancaran Bulan Bahasa Inggeris telah dilancarkan dengan  perasmian oleh Guru Besar, Puan Norizan bt Abdullah. Objektif program ini ialah menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti bercorak penggunaan Bahasa Inggeris, contohnya penulisan karangan, membaca sajak, treasure hunt ,kuiz dan lain-lain. Semua murid amat digalakkan menyertai aktiviti yang telah disediakan. Selamat menyertai aktiviti kepada semua murid SK Sungai Kering.

 Pada 5 Februari 2024,pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Kering telah berjaya melaksanakan Hari Usahawan . Seperti biasa jawatankuasa penganjur...