Wednesday 24 April 2019

Hari Kejohanan Sukan Sekolah 2019



Pada 18/4/2019, pihak sekolah telah berjaya mengadakan Hari Sukan Balapan dan Padang 2019 . Hari sukan ini bermula jam 8.30 pagi dengan acara perbarisan kontijen dari Rumah Biru,Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Seterusnya bacaan ikrar kejohanan di baca oleh Muhammad Qhairul Azhad dan dirasmikan oleh YDP PIBG Encik Darus Ismail. 
Antara acara yang dipertandingkan ialah 100M (L/P) bagi Kelas 1,2 dan 3, 200 M (L/P) Kelas 1,2,3 , 100m x 4 , 100Mx6,Lontar peluru (L/P) dan Lompat Jauh (L/P). Acara waris adalah acara penutup ari sukan sekolah. Syabas semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Sukan Sekolah.
























MAJLIS KENDURI KESYUKURAN, CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ ANJURAN BERSAMA PIBG DAN PIHAK SEKOLAH 2019



Pada 10/4/2019, pihak sekolah telah berjaya menjalankan satu program anjuran bersama PIBG Sk sungai Kering. Program tersebut ialah Ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Nizam dan kenduri kesyukuran hasil sumbangan waris dan bekas guru Sk Sungai Kering iaitu Ustazah Fatimah . Majlis ini dilakukan secara gotong royong dan melibatkan semua waris dan AJK PIBG . Selamat maju jaya. 





















 Pada 5 Februari 2024,pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Kering telah berjaya melaksanakan Hari Usahawan . Seperti biasa jawatankuasa penganjur...