Monday 13 July 2020

SELAMAT BERSARA BUAT PUAN NORLIA BT BIDIN PT SK SUNGAI KERING.


Pihak pengurusan sekolah SK Sungai Kering mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Norlia bt Bidin PT SK Sungai Kering di atas jasa beliau semasa bertugas di SK Sungai Kering. Semoga beliau dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga yang tercinta. Selamat bersara semoga sukses selalu.





KEMBALI BERTUGAS PADA 24 JUN 2020




Penyampaian Sumbangan kepada Pekerja Pembersih Kawasan pada 29 Jun 2020 (PKP)





PENGEDARAN LEMBARAN KERJA MURID SEMASA PKP


Pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengedarkan lembaran kerja kepada waris 2 kali seminggu iaitu hari Ahad khas untuk murid tahap 2 dan pada Hari Selasa untuk murid Tahap 1. Semua waris atau wakil murid akan hadir dengan pamatuhan SOP PKP mengambil lembaran kerja untuk anak -anak mereka di rumah. Syabas dan tahniah di atas usaha pihak sekolah bagi meneruskan Pdp biarpun semasa PKP.





PERJUMPAAN DENGAN WARIS PRA SEKOLAH 29 JUN 2020




PRA SEKOLAH DIBUKA SEMULA PADA 1 JULAI 2020










PEMANTAUAN IPD YAN BERSAMA JPAM SEMASA PKPP

Pada 7 Julai 2020, pihak sekolah SK Sungai Kering menerima kunjungan daripada IPD Yan dan JPAM. Tujuan kunjungan ini untuk memantau perlaksanaan SOP PKPP yang dijalankan oleh pihak sekolah terutama pra sekolah yang telah mulai menerima kehadiran muridnya bermula 1 Julai 2020. Terima kasih IPD Yan dan pihak JPAM di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.







TAKLIMAT PEMUGARAN SEKOLAH DENGAN SEMUA GURU SK SUNGAI KERING

Pada hari Ahad bersamaan 12 Julai 2020,satu Taklimat Pemugaran kepada Guru SK Sungai Kering telah dilaksanakan bertempat di kantin sekolah. Taklimat ini disempurnakan oleh Ustaz Akrom .Tujuan taklimat ini diadakan iaitu memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan pengisian Pdp selama 2 hari iaitu 15 dan 16 Julai 2020.


PERJUMPAAN WARIS TAHUN 5 & 6,PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH 15 JULAI 2020

Pada 13 /7/2020 (Isnin) ,satu perjumpaan antara pihak pengurusan sekolah dengan waris tahun 5 dan 6 telah dilaksanakan. Tujuannya ialah menyebarkan info berkaitan garis panduan pembukaan sekolah semula pada 15 Julai 2020,khas untuk murid Tahun 5 & 6 sahaja.









 Pada 5 Februari 2024,pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Kering telah berjaya melaksanakan Hari Usahawan . Seperti biasa jawatankuasa penganjur...