Saturday 21 July 2018

Pemilihan Pasukan Bola Tampar Mewakili Negeri Kedah

Seorang murid SK Sungai Kering telah dipilih ke pemilihan pemain mewakili Negeri Kedah di Serdang pada 22 Julai 2018(Ahad) . Semua warga SK Sungai kering diminta mendoakan kejayaan beliau agar terpilih semasa sesi pemilihan ini. Murid yang terpilih ialah adik Nur Alya Nafisa dari Tahun 6 Cemerlang.

Nur Alya Nafisa

LAPORAN KEM CERDAS MINDA 2018

Pada 18 julai 2018 (khamis) jawatankuasa peningatan UPSR tahun 6 2018 telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Kem Cerdas Minda 2018 bertempat di Kem Kenari ,Yan. Bermula seawal 8.00 pagi dengan slot Matematik dan berakhir dengan slot Bahasa Melayu pada jm 5.00 petang. Peserta yang terdiri daripada murid tahun 6 seramai 18 orang (11 eaki dan 7 perempuan) telah didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab soalan yang disampaikan oleh 4 orang fasilitator yang berpengalaman. Sebelum peserta pulang , mereka sekali lagi dijamu dengan buah-buahan seperti durian ,rambutan. Semua peserta menjamu selera berhampiran sungai di kem tersebut. Mereka melahirkan perasaan gembira dan berpuashati.

Hangpa semua faham ka...

seronok belajaq tempat baru

Baca doa dulu sebelum belajar

Tunjuk Good tanda puas hati

Asri apa ni makan maggi segera

Jangan makan banyak sangat ingat penyakit ....

Hati-hati tajam duri tu..

Seronok makan tepi sungai ....

Durian musang king ka Cikgu Pun

Tuesday 17 July 2018

CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN PELAJAR TAHUN 6 2018

Pada hari Rabu bersamaan 18 Julai 2018, di bawah tanggung jawab jawatankuasa bimbingan dan kaunseling SK Sungai Kering  telah berjaya melaksanakann satu program ceramah motivasi kepada waris dan pelajar tahun 6. Penceramah yang dijemput ialah Puan Faridah bt Abd Rahman ,Pensyarah IPSAH Jabatan PJPK Institut Perguruan Sultan Abdul Halim,Sungai Petani.






Monday 16 July 2018

KEM BESTARI UPSR 2018

Pihak jawatankujawab  peningkatan UPSR tahun 6 telah merancang akan mengadakan Kem Teknik Menjawab soalan kepada murid tahun 6. Aktiviti ini penting sebagai langkah persediaan menghadapi peperiksaan percubaan upsr bermula 23 Julai dan berakhir 26 Julai 2018. Seramai 18 orang murid tahun 6 terlibat. Aktiviti teknik menjawab ini akan dilaksanakan oleh guru tahun 6 terdiri daripada Cikgu Ozair, Cikgu Haszlina, Cikgu Fauzi dan cikgu Azdi.
Semoga semua murid tahun 6 sukses menghadapinya.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2018

Perhatian semua murid tahun 6, Peperiksaan Percubaan UPSR akan bermula 23 Julai 2018 hingga 26 Julai 2018. Semua murid tahun 6 diminta bersiap sedia mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapinya. Anggaplah peperiksaan ini sebagai indikator pencapaian UPSR pada bulan September nanti.

Azdi bin Azmi,
SU Peperiksaan SK Sg Kering.

Saturday 14 July 2018

PROGRAM JAYA WARIS 2018

Program jaya waris SK Sungai Kering telah diadakan pada 5 Julai 2018 iaitu Hari Khamis. Perjumpaan guru dan waris Tahun 6 di adakan di Makmal Komputer manakala perjumpaan bagi kelas lain di adakan di bilik darjah masing-masing.








KEPUTUSAN BOLA TAMPAR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2018

Seramai 3 orang murid SK Sungai Kering  terpilih mewakili Kuala Muda/Yan ke Pertandingan Bola Tampar MSSK peringkat negeri Kedah. Tiga orang murid tersebut ialah Nur Alya Nafisa , Nurul Husna dan Nur Irdina Batrisyia. Pasukan Bola Tampar  Kuala Muda /Yan telah melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan dan dinobatkan sebagai Naib johan setelah tewas kepada pasukan daripada daerah Kulim. Alhamdulillah keputusan ini merupakan satu pencapaian yang dibanggakan.Tahniah kepada pasukan Kuala Muda/Yan, jurulatih Cikgu Ozair dan 3 orang murid SK Sungai Kering.

Nur Alya Nafisa

Nur Irdina Batrisyia

Nurul Husna

 Pada 5 Februari 2024,pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Kering telah berjaya melaksanakan Hari Usahawan . Seperti biasa jawatankuasa penganjur...